Thursday, June 26, 2014

Al-Quran dan Cerita Perjalanan Darah


"Hai manusia, apakah yg telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yg Maha Pemurah. Yg telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yg Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu, "
(QS. Al-Infitar: 6-8).


Setiap hari tubuh kita sesungguhnya berperang melawan banyak bakteria, virus, dan mikrob. Beberapa di antaranya dicegah memasuki tubuh, sedang beberapa yg lain berjaya menembusi tubuh kita.

Sel2 dianggap tentera, yg bertugas di dalam aliran darah. Bercerita mengenai darah.

Darah hanya sebuah cecair dan tidak pernah gagal melakukan sesuatu tugas yg memerlukan perhatian dan tanggungjawabnya. Darah tahu setiap bahan yg dibawanya, apakah kegunaanya, dan kemana perlu dihantar.

Sebagai contoh, darah tidak keliru membawa karbon dioksida ke sel, yg diambilnya dari sel lain sebagai bahan buangan. Darah selalu memberi sel oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Tugas yg dilakukan darah yg tanpa kesalahan atau kesilapan.

Sekali lagi inilah bahagian dari rancangan sempurna Allah, yg Ia ciptakan dalam tubuh manusia.

Seluruh sel darah melakukan tugasnya tanpa melakukan kesalahan.

Kita telah membicarakan bahawa semua jenis zat yg diperlukan oleh tubuh kita diedarkan ke bahagian tubuh yg berkaitan oleh darah. Sementara itu, sel2 darah mengumpulkan bahan2 kumuh seperti karbon dioksida, dan memastikan bahawa seluruhnya dibuang dari tubuh. Darah juga bertindak seperti pelumat sampah. Dengan berhenti di setiap 100 trilion sel berterusan sepanjang hari, darah meninggalkan di sel apa yg diperlukannya dan mengumpukan sampah sisa2 bahan yg digunakan oleh sel.

Darah juga bertindak sebagai alat komunikasi dalam tubuh. Hormon di dalam darah yg membawa mesej dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain. Hormon membawa mesej ke bahagian2 badan yg berkaitan seperti seorang petugas pos yg membawa surat.

Banyak proses penting, termasuk pertumbuhan badan, rasa haus, pengeluaran peluh, dan mengawal aras gula dalam darah berlaku kerana mesej yg dihantar dgn tepat. Ini adalah perincian mengagumkan dalam ciptaan Allah.

Allah telah mencipta pada sel2 apa yg tidak boleh dilihat oleh mata kasar tentang pengetahuan yg sangat penting dan menganugerahkan mereka untuk kepentingan kita.

Sumber: DEtik Islam dan diterjemahkan dari sumber islam pos..




Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home